Jumaat, 14 Disember 2012

KAJIAN KES: MISI PENGAMAN DI AFGHANISTAN (UNAMA)




TAJUK: KAJIAN KES: MISI PENGAMAN DI AFGHANISTAN (UNAMA)
PENULIS: Sahrizal Adzhar Mohd Tahir, Muhd Akmal Mazlan, Hasniza Zaidi, Muhammad Zakwan Abd Ghani, Imran Bin Azemi, Ummi Mariam Abdullah, Nor Amalina Ariffin, Siti Azhura Razali, Nur Syaza Dahlia Shuib, Siti Hawa Mas’ud
PENILAI:  Lt Kol Noor Akmar Bin Mohd Noor (B)



Afghanistan merupakan negara yang mempunyai kedudukan yang agak stategik kerana berada di persimpangan Asia Tengah. Selain itu,kedudukan Afghanistan yang menjadi jiran kepada kuasa besat seperti China dan India juga membuatkan negara tersebut sebagai tempat yang agak strategik kepada Amerika Syarikat untuk memantau aktiviti ketenteraan oleh negara China.  Keadaan bentuk muka bumi Afghanistan adalah padang pasir dan kering kontang. Penduduk di negara ini menjana sumber ekonomi mereka dengan cara penternakan untuk mendapatkan sumber protin.
Peta 1; Afghanistan

Sejak dahulu lagi negara Afghanistan telah lama digunakan sebagai medan untuk peperangan kerana kedudukanya yang strategik oleh kuasa besar daripada luar, hal ini adalah disebabkan kedudukan geografi negara tersebut yang berada di antara Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Selatan. 
Selain itu, terdapat banyak peperangan yang berlaku melibatkan negara Afghanistan. Pada 11 Septerber 2001, di mana peristiwa World Trade Center (WTC) telah di langgar oleh kapal terbang yang di rampas oleh kumpulan pengganas. Peristiwa tersebut menjadi faktor besar yang mengubah sejarah negara tersebut kerana Amerika menuduh tindakan tersebut telah di lancarkan oleh kumpulan pengganas Al – Qaeda yang berpusat di Afghanistan. Selain itu, ketua kumpulan terbabit iaitu Osama Bin Laden juga di katakana menjadikan Afghanistan sebagai tempat pesembunyiaan beliau. Afghanistan juga turut di tuduh sebagai negara yang menjadi pusat latihan dan pengeluar pengganas. Hal ini membuatkan negara tersebut menjadi sasaran kepada serangan yang di lancarkan oleh Amerika.
Kesan akibat daripada peperangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang sangat besar terhadap infrasuktur negara tersebut. Banyak rumah, bangunan kerajaan, jalan raya musnah akibat daripada kesan bom yang di gunakan untuk membunuh kumpulan Al – Qaeda ini. Selain itu, punca ekonomi rakyat juga tergangu di samping keadaan politik di negara tersebut begitu tidak stabil. Akibat daripada kesan perang tersebut, pada Disember 2001, satu persidangan telah di atur oleh pemimpin Afghanistan yang di kenali sebagai Persidangan Bonn yang mana persidangan ini bermatlamat untuk membina kembali negara dan kerajaan negara meraka.
Oleh kerana pada masa tersebut kerajaan Afghanistan di kuasai oleh kumpulan Talibat dan mereka tidak mempunyai kerajaan yang sah selepas jatuhnya Taliban, maka satu organisasi yang di kenali sebagai Pihak Peralihan Afghanistan (ATA) telah di wujudkan sementara menunggu kerajaan baru di tubuhkan. Persidangan ini membawa kepada perbincangan mengenai menghantar satu pasukan PBB untuk menstabilkan dan menyokong peralihan yang di rancang tersebut.
Atas pemintaan kerajaan sementara Afghanistan tersebut untuk mewujudkan satu misi bantuan di negara mereka, Majlis Keselamatan mengundi untuk mewujudkan Misi Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) Mac 2002. Misi ini di tubuhkan atas permintaan kerajaan negera untuk membantu rakyatnya dalam membangunkan semula negara Afghanistan yang telah mengalami kemusnahan teruk akibat perang. Selain itu, misi ini juga adalah untuk membantu rakyatnya seperti bantuan perubatan, kesihatan, trauma dan lain- lain. Persidangan Bonn juga membawa kepada penubuhan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang pada asalnya diberi mandat oleh Majlis Keselamatan.


  BAGAIMANA PERMASALAHAN DI AFGAHANISTAN BERMULA?

Sebelum memahami kepentingan misi PBB di Afghanistan, seharusnya mengetahui masalah yang berlaku di Afghanistan itu sendiri daripada sejarah bermulanya Afghanistan menjadi ahli kepada PBB. Afghanistan mula muncul pada lewat abad ke-18. Pada abad ke-19, Afgahnistan dibawah dua koloni iaitu Britain dan USSR.  Afghanistan telah menyertai PBB pada tahun 1946. Pada tahun 1973, Raja Zahir Shah digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh sepupunya dan bekas Perdana Menteri, Muhammad Daud. Daud mengisytiharkan Afghanistan sebuah republik, dengan dirinya sebagai presiden. Kerajaan Daud, bagaimanapun, telah ditentang oleh kedua-dua Parti Demokratik Rakyat berhaluan kiri Afghanistan (People's Democratic Party of Afghanistan/PDPA) dan tradisional Traditional Ethnic Leaders. Pada bulan April 1978, seorang pegawai tentera berhaluan kiri telah menggulingkan dan membunuh Daud dan seterusnya Noor Muhammad Taraki menjadi Presiden.
Gambar; President Noor Muhammad Taraki
Pada bulan September 1979, Taraki telah dipecat dan kemudian dibunuh pemberontak. Beliau digantikan oleh timbalannya, Hafizullah Amin, tetapi beliau juga gagal mengatasi tindakan pemberontakan. Pada 25 Disember 1979, tentera Soviet memasuki Afghanistan, dan mengambil wilayah pemerintahan di Kabul. Pada awal tahun 1980, Majlis Keselamatan bertemu untuk mempertimbangkan tindak balas kepada campur tangan Soviet di Afghanistan, tetapi draf resolusi mengutuk USSR tidak diluluskan, disebabkan ‘negative vote’ USSR.
Kesan daripada konflik yang berlaku di Afghanistan menyebabkan 3 juta pelarian melarikan diri ke Pakistan dan 1.5 juta ke Iran. Anggaran kematian dalam pertempuran anggaran 700,000 sehingga 1.3 juta orang. Infrastruktur musnah, projek-projek perindustrian pengairan teruk serta terhad dan ekonomi negara jatuh begitu mendadak. Perhimpunan Agung telah mengadakan mesyuarat ‘Emergency Special Session on Afghanistan’ selama lima hari, 10 Januari 1980 menyatakan kekesalan campur tangan tentera USSR di Afghanistan, dan pengunduran semua tentera asing, meminta PBB untuk menyumbang bantuan kemanusiaan.  Perhimpunan mengekalkan tumpuan ke atas Afghanistan sepanjang 1980-an, mengamalkan satu siri resolusi yang untuk menamatkan konflik tersebut, penarikan balik tentera asing, bantuan PBB untuk mencari penyelesaian politik dan bantuan untuk pelarian dan lain-lain yang terjejas oleh konflik itu.
Pada bulan Mei 1986, Karmal telah digantikan sebagai pemimpin PDPA oleh Mohammad Najibullah, yang kemudiannya menjadi Presiden pada bulan November 1987. Pada 14 April 1988 dibawah ‘Agreements on the Settlement of the Situation Relating to Afghanistan’ telah mendapat persetujuan USSR untuk mengeluarkan tenteranya dari Afghanistan. Dalam resolusi 622 pada 31 Oktober 1988, Setiausaha Agung Javier Perez de Cuellar menetapkan sehingga misi untuk memantau penarikan balik tentera asing dan membuat rancangan untuk penghantaran pulang pelarian dibawah United Nations Good Offices Mission in Afghanistan and Pakistan (UNGOMAP). Penarikan balik tentera asing telah berjaya disempurnakan Februari 1989. Namun, pemberontak terus mengekalkan perjuangan mereka untuk menentang kerajaan dan  perang saudara berterusan. Bantuan PBB diteruskan dibawah agensi UNICEF, UNDP, UNHCR, WFP.
Perang saudara antara pelbagai puak berterusan berikutan pengunduran USSR, dan bilangan orang awam yang melarikan diri semakin meningkat. Tahun 1990, terdapat 6.3 juta pelarian di Pakistan dan Iran. Kebanyakan ethnik Pashtun di Pakistan, Tajik Uzbek dan Hazaras di Iran. PBB meneruskan proses penghantaran pulang secara sukarela dibawah UNHCR. Pada tahun 1992, pasukan pemberontak telah berjaya menawan di atas Kabul dan kerajaan Najibullah jatuh. Pada 24 April 1992, pemimpin angkatan mujahidin (gerila) bersetuju untuk membentuk kerajaan di bawah Sigbatullah Mojaddedi. Beliau kemudian akan digantikan oleh Majlis Kepimpinan  yang akan diketuai oleh Burhannudin Rabbani. Rabbani telah diisytiharkan beliau merupakan Presiden Negera Islam di Afghanistan pada bulan Julai 1992.
Pada tahun 1993, dua perjanjian damai dirundingkan antara Presiden Rabbani dan lapan lagi pemimpin lain Afghanistan di Islamabad pada 7 Mac dan di Jalalabad pada 18 Mei. Dalam perjanjian ini, para pemimpin bersetuju untuk membentuk kerajaan selama 18 bulan, untuk menetapkan dalam gerakan proses pilihanraya, untuk menggubal perlembagaan, dan untuk menubuhkan majlis pertahanan untuk menubuhkan pasukan tentera kebangsaan. Walau bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyelesaikan masalah di Afgahanistan.
Pada Disember 1993, di atas permintaan Perhimpunan Agung, Setiausaha Agung menubuhkan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khas di Afghanistan (UNSMA) sebagai cara terbaik boleh membantu dengan perdamaian kebangsaan dan pembinaan semula. Walau bagaimanapun, Kabul telah lama dikepung lagi oleh pelbagai puak mujahidin, dan kemudian oleh Taliban yang merupakan puak mujahidin yang bangkit di kem-kem pelarian di Pakistan yang kembali pulang ke Afghanistan.
Pada akhir tahun 1994 dan awal 1995, pemberontak mengambil kawalan banyak selatan dan barat Afghanistan, termasuk Kandahar dan Herat. Taliban mengambil Kabul dan kumpulan Perikatan memegang wilayah hanya di utara. Dalam satu kenyataan presiden pada 15 Februari 1996, Majlis Keselamatan menyuarakan kebimbangan tentang permusuhan yang dipergiatkan di sekitar ibu kota Kabul, yang menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan, konflik, keganasan, pemindahan senjata dan pengedaran dadah terus berlaku.
Pada 22 Oktober, Majlis Keselamatan pakai resolusi 1076 (1996), menyeru kepada semua pihak Afghan untuk menamatkan permusuhan dan membawa mereka untuk melibatkan diri dalam dialog politik yang bertujuan mencapai perdamaian kebangsaan. Ia mengulangi kebimbangan terhadap keganasan dan pengedaran dadah dan menggesa pihak-pihak untuk menghentikan aktiviti tersebut. Perhimpunan Agung, bersama-sama dengan Majlis, mengutuk penculikan dari kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kabul,  serta bekas Presiden Najibullah dan adiknya pada 26 September.
Pada bulan Julai 1997, Setiausaha Agung melantik Lakhdar Brahimi, bekas Menteri Luar Algeria, sebagai Duta Khas untuk Afghanistan, untuk membuat rundingan dengan pihak-pihak yang berkaitan dan membuat syor mengenai aktiviti pengaman PBB di sana. "Six plus Two" iaitu China, Iran, Pakistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan Rusia telah membincangkan perkara tersebut.
Pada April 1998, Majlis Keselamatan menyatakan konflik di Afghanistan bersifat etnik konflik, dan laporan penganiayaan berasaskan etnik. Majlis menerima pakai resolusi 1193 (1998) pada 28 Ogos, menyatakan wujudnya pengganas di wilayah Afghanistan. Ia berkaitan kritikan terhadap serangan puak Taliban keatas kakitangan PBB termasuk penangkapan Konsulat Agung Iran di Mazar-e-Sharif. Pada 8 Disember, dengan resolusi 1214 (1998), Majlis menuntut supaya Taliban berhenti daripada memberi perlindungan dan latihan kepada pengganas dan bekerjasama dalam membawa pengganas yang didakwa ke muka pengadilan.
Taliban gagal memenuhi kepada permintaan tersebut dan dalam resolusi 1267 (1999), menyatakan bahawa Usama Bin Laden telah telah didakwa oleh Amerika Syarikat keatas pengeboman kedutaan dan perlu dibawa beliau ke muka pengadilan. Konflik di Afghanistan terus tanpa henti sehingga akhir tahun 2001. Masalah politik dan keselamatan, dalam ketiadaan kerajaan, menyebabkan gangguan kerap dalam aliran bantuan kemanusiaan, dan pelbagai krisis yang diperlukan pemergian sementara PBB dan bantuan pekerja bukan kerajaan. Pada 11 September 2001, berlaku pengeboman di Amerika Syarikat oleh kumpulan Al-Qaeda yang berpangkalan di Afghanistan. Majlis Keselamatan menyatakan sokongan untuk usaha-usaha rakyat Afghanistan untuk menggantikan rejim Taliban, yang memberi perlindungan kepada pengganas serta Usama Bin Laden.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganjurkan mesyuarat pemimpin politik Afghanistan di Bonn pada akhir November. Sebagai langkah pertama, ‘Afghan Interim Authority’ telah ditubuhkan. Pada 20 Disember, resolusi 1386 (2001), membenarkan penubuhan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (International Security Assistance Force/ISAF) oleh NATO dibawah  PBB untuk membantu mengekalkan keselamatan di Kabul dan kawasan sekitarnya. Peristiwa pertama ‘Bonn Agreement’ telah dicapai dengan pengumuman kedudukan Suruhanjaya Bebas Khas Special Independent Commission bagi mengadakan ‘Emergency Loya’. Suruhanjaya tersebut terdiri daripada 21 ahli yang akan melantik seorang Ketua Negara bagi Pentadbiran peralihan. Pada 22 Disember 2001, Presiden Rabbani menyerahkan pentadbiran kepada baru ‘Afghan Interim Authority’ dibawah Hamid Karzai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan