Jumaat, 12 Oktober 2012

FAKTOR KEMEROSOTAN PENGARUH PERANCIS DALAM DUNIA GLOBAL DAN REVOLUSI

TAJUK: FAKTOR KEMEROSOTAN PENGARUH PERANCIS DALAM DUNIA GLOBAL DAN BEREVOLUSI 

PENGARANG:

  • PEGAWAI KADET MUHAMMAD ZAKWAN ABD GHANI
  • PEGAWAI KADET MOHAMAD FAHMI BIN MASWAN
SUB: DIS3023





Perancis dengan rasminya merupakan sebuah kesatuan republik separa presiden di Eropah Barat[1] dengan beberapa wilayah di luar negara dan pulau yang terletak di benua lain dan juga di lautan India, Pasifik dan Atlantik. Metropolitan Perancis meluas dari Laut Mediterranean ke saluran Inggeris dan Laut Utara serta dari Rhine ke Lautan Atlantik[2].
Perancis merupakan satu kuasa empayar global kedua terbesar di dunia di belakang empayar-empayar kolonial British dalam abad ke-19 dan ke-20. Britain memfrasakan diri mereka sebagai 'matahari tidak pernah tenggelam'. Apabila barat pada waktu malam, timur masih mempunyai matahari. Hal ini membawa makna empayar Britain berada di seluruh dunia. Dalam persaingan dengan Britain untuk menjadi kuasa terulung dunia, Perancis mula menubuhkan koloni di benua Amerika, benua Afrika, Asia, Oceania dan lautan Antartika. Empayar penjajah Perancis dari abad ke-17 hingga akhir 1970 `s dalam jangka empayar dilanjutkan lebih 13.000.000 km persegi pada kemuncak empayarnya.

DUNIA GLOBAL DAN KESAN KE ATAS PERANCIS
Adaptasi Perancis kepada ekonomi dunia global akhirnya terbayar dari segi prestasi, yang kini boleh dikatakan lebih baik sejak tahun 1960-an. Kehilangan kawalan kerajaan dan ketidaksamarataan terhadap layanan oleh Perancis terhadap rakyatnya hasil daripada globalisasi boleh menjadi harga yang amat bernilai untuk membayar kemakmuran dan kadar pekerjaan[3] yang meningkat kepada Perancis sendiri. Perancis secara tidak langsung telah menyesuaikan diri dengan dengan globalisasi. Namun, penyesuaian ini dilihat sebagai satu yang amat mengekang kuasa Perancis untuk terus tersebar di era globalisasi ini.
Globalisasi merupakan satu cabaran bagi Perancis atas tiga sebab utama. Pertama adalah tradisi ahli statistik, politik dan ekonomi Perancis. Globalisasi membayangkan bahawa pasaran dunia, dan bukan sesebuah Negara yang akan menentukan hubungan ekonomi. Hal ini amat sukar untuk diterima oleh masyarakat sebuah negara menyandangkan sepenuh harapan kepada negara tersebut untuk menyediakan pekerjaan, mengagihkan hasil dapatan, perlindungan terhadap kadar import yang tidak diingini, dan galakan terhadap sektor perindustrian yang berprestij yang dianggap sebagai kepentingan negara. Perancis pada masa kini masih bersandarkan kepada ekonomi negara itu sendiri sebagai satu factor terbesar ekonomi dan tidak bersandarkan kepada pasaran dunia untuk memastikan kesejahteraan meraka. Semua ini menjadikan Perancis sukar untuk menerima ekonomi, sosial, dan budaya yang dibawa oleh globalisasi ini atas sebab keparcayaan terhadap Negara itu sendiri adalah tinggi berbanding denga kepercayaan terhadap sumber luar.
Kedua, globalisasi adalah satu cabaran tertentu untuk Perancis kerana ia dilihat mengancam kedudukan global negara lain yang telah lama ingin bersaing di peringkat antarabangsa. Manakala negara-negara Eropah yang lebih kecil kebanyakkannya telah mengeluarkan permainan global diplomatik sejak Perang Dunia II berakhir demi kredibiliti mereka di mata dunia. Perancis tidak pernah berputus asa untuk memegang pengaruh global dalam di peringkat universal. Globalisasi bagaimanapun telah mengancam pengaruh ini dengan mempengaruhi negara-negara yang bersekutu dengan cara diplomatik Perancis[4]. Globalisasi juga bermakna pengutamaan dalam kepimpinan dunia kepada AS atau dalam kata lain proses mengehadkan peranan diplomatic tradisional Perancis dengan menuruti kekuasaan terhadap pertubuhan-pertubuhan kolektif seperti Kesatuan Eropah (EU) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)[5].
Akhir sekali, dan yang paling penting, Perancis amat berbangga dengan budaya dan identiti mereka dan merasakan kini mereka banyak terancam oleh globalisasi atas faktor pengamerikaan. Teknologi baru dan ideologi yang semakin meningkat serta perdagangan bebas telah membantu untuk menjadikan masyarakat lebih mudah terpengaruh dengan budaya asing khususnya dari Amerika Syarikat. Penyebaran Internet dan teknologi komunikasi yang lain serta liberalisasi perdagangan dalam barangan pertanian, harta intelek, dan perkhidmatan segalanya di bawah dominan Amerika Syarikat. Hal ini membuatkan globalisasi menjadi satu kebimbangan Perancis mengenai hakisan tradisi, budaya dan bahasa mereka.
Ancaman sebenar kepada Perancis dari globalisasi ini bukan sahaja terhadap ekonomi tetapi juga kebudayaan. Keinginan untuk mengekalkan budaya di peringkat universal isu-isu baru mengenai budaya di Perancis jua menjadi ancaman terhadap Perancis hasil dari proses globalisasi. Sepanjang tempoh selepas perang, Perancis dari masa ke semasa melalui "krisis identiti," yang memberi tumpuan kepada kebimbangan tentang dominasi budaya Amerika Syarikat. Situasi terkini yang berlaku adalah di mana identiti Perancis dan budayanya hari ini seolah-olah semakin terancam oleh globalisasi.
Globalisasi yang tidak terkawal mendatangkan kebimbangan yang tinggi terhadap Perancis dan akan memaksa Perancis membuat perubahan terhadap aspek yang memberi impak yang besar terhadapnya sendiri iaitu perubahan dari segi hiburan, seni, tradisi masakan dan bahasa. Pengekalan Perancis dalam aspek ini yang dalam usaha membuatkan Perancis dikenal pasti sebagai Perancis[6] hanya akan membuatkan Perancis berada di takuk lama. Kebimbangan seperti yang terbukti dalam kajian orang ramai, mendedahkan bahawa majority penduduk Perancis percaya bahawa globalisasi mengancam identiti negara mereka.
Dalam konteks global, maka tidak hairanlah bahawa hampir semua ahli politik Perancis menyokong usaha-usaha untuk menghadkan globalisasi apabila ia datang kepada isu-isu yang memberi kesan budaya dan identiti. Malah, dalam bidang ekonomi, terdapat sekurang-kurangnya beberapa perbahasan di seluruh arena politik sama ada untuk mengekang atau menuruti globalisasi. Dalam konteks Perancis, terdapat persetujuan yang kuat kepada keperluan untuk mempertahankan identiti Perancis, cara hidup dan budaya agar Perancis dapat mengekalkan pengaruhnya di mata dunia.

FAKTOR KEMEROSOTAN
Kemerosotan dapat dilihat dalam ciri-ciri demografi seperti ekonomi, kepadatan penduduk dan pengaruh bahasa Perancis.
KEMEROSOTAN “SOFT POWER”
‘Soft Power’ atau pengaruh halus merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi kepada negara-negara kuasa besar dunia. Perubahan dalam dunia globalisasi memberi ancaman kepada pengaruh halus terutama penggunaan bahasa Perancis terhakis dengan perkembangan pesat Bahasa Inggeris menular masuk dalam pelbagai kegunaan di Eropah. Bahasa adalah unsur  terpenting dalam menilai pengaruh sesuatu kuasa besar negara.
Terdapat beberapa kepentingan dalam fungsi bahasa terhadap pengaruh kuasa sesebuah negara. Pertama, bahasa merupakan pusat penumpuan sesuatu kuasa pengaruh. Bahasa perancis digunakan bagi menyatukan Republik di Perancis. Banyak negara-negara yang mendapat pengaruh dengan Bahasa Perancis terutamanya negara disekeliling Perancis[7].  Penting bagi Perancis untuk mempertahankan bahasa mereka bagi mengekalkan kedudukannya sebagai negara yang pernah menjadi kuasa Imperialisme. Kedua ialah bahasa perancis adalah kaitan rapat dengan pengaruh dan kedudukan kuasa sesebuah negara di mata dunia. Matlamat Perancis bagi mengekalkan kedudukan dan pengaruhnya dalam negara kuasa besar. Walaupun orang perancis sedar bahawa mereka tidak lagi mengusai bahasanya dalam pengaruh antarabangsa, dalam urusan diplomasi, perjanjian dan kegunaan bagi golongan atasan, mereka tetap mahu mengekalkan seberapa banyak pengaruh bahasa Perancis dalam keguanaan mereka. Perancis mengambil pendekatan yang wajar bagi mempertahankan bahasa mereka dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Perancis dalam pawagam, televisyen, radio, muzik, di pek makanan dan lain-lain perkara yang boleh menonjolkan identiti mereka sebagai negara yang berpengaruh dan negara yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai keperluan di Perancis  dan di seluruh dunia.
Bahasa Perancis menunjukkan kehadiaran kuasa perancis dan bahasa Republik ini perlu dikekalkan peranannya  sebagai bahasa komunikasi dan memelihara budayanya. Antara usaha perancis bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Perancis di seluruh dunia ialah dengan menubuhkan ‘Organisation internationale de la Francophonie’ yang disertai oleh 55 negara anggota dan sembilan negara yang dicalonkan bagi memenuhi struktur organisasi pertubuhan. Pertubuhan ini melaksanakan pelbagai cara bagi mencapai matlamat bagi memperkasakan Bahasa Perancis termasuklah menyokong pengajaran Bahasa Perancis, menyiarkan saluran TV dalam bahasa Perancis, mengembangkan pertukaran budaya dalam masyarakat, dan kemudahan penciptaan budaya di Perancis[8]. Mesyuarat kemuncak diadakan 5 tahun sekali dan banyak perbincangan mengenai keutuhan Perancis dan juga diplomasi. Kadang-kadang perancis menggunakan undang-undang bagi mempertahankan bahasa Perancis dan menghalang daripada penggunaan perkataan-perkataan asing.
Selain itu, Majlis Tertinggi Bahasa Perancis (Conseil Supérieur de la langue Française) yang bertanggungjawab dalam membuat kajian mengenai isu-isu mengenai penggunaan, pengkayaan dan promosi bahasa Perancis. Mereka diamanahkan bagi menyediakan terjemahan alternatif yang diguna pakai dalam komputer berterma bahasa Inggeris bagi memelihara bahasa Perancis. Walaupun usaha-usaha ini telah dilakukan, Bahasa Inggeris tetap jelas menjadi bahasa utama dalam urusan perniagaan antarabangsa, diplomasi, internet, dan sebahagian besar pengaruh kepada budaya penggunaan bahasa. Perancis tidak dapat menghalang secara keseluruhan Bahasa Inggeris yang telah menjadi semakin pesat digunakan. Seterusnya, Perancis telah mengiktiraf bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang digunakan seperti yang dilakukan di negara-negara lain.
Bahasa Inggeris telah mendominasi dalam pendidikan sekolah menengah di Perancis. Para penyelidik bimbang berlaku penyeragaman bahasa Inggeris dalam pelajaran dan pengajaran di sekolah. Perancis telah hilang daya saing dengan bahasa Inggeris dalam satu lagi bidang yang semakin global iaitu kawalan lalu lintas udara antarabangsa. Menjadi suatu masalah yang besar sekiranya berlaku pertembunagan bahasa dalam sistem komunikasi udara di Perancis dengan. Majoriti kawalan lalulintas seluruh negara mengamalkan bahasa inggeris. Perancis terpaksa mengakui bahawa Bahasa Inggeris penting untuk dipelajari bagi menjalinkan hubungan diplomasi, komunikasi dan sebagai bahasa perhubungan. Dunia globalisasi dengan kemajuan teknologi, internet menjadiakan penggunaan bahasa Inggeris lebih penting berbanding bahasa perancis.
Kesimpulannya, bahasa Perancis terhakis punca daripada pengaruh bahasa inggeris telah meluas penggunaannya dalam dunia globalisasi. Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa utama yang digunakan secara meluas, dan Bahasa Perancis telah ketinggalan jauh untuk mencapai tahap pengaruhnya seperti Bahasa Inggeris. Dan bahan-bahan bacaan di luar dan juga internet banyak temui dalam bahasa inggeris. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa Bahasa Perancis semakin hilang pengaruh hakisan daripada bahasa Inggeris yang kini pesat membangun di dunia Globalisasi.




KRISIS EKONOMI PERANCIS
Kuasa Imperialis  Perancis semasa Perang Dunia Kedua banyak mengalami masalah kewangan kerana kemusnahan infrastruktur dan berlakunya inflasi dalam negara. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai bantuan dan alternatif dari sekutu Perancis iaitu Amerika Syarikat. Kini, Perancis mampu untuk mengekalkan kedudukan antarabangsa yang menjadi bahagian besar kuasa industri dan keutuhan kewangan negara. Walau bagaimanapun, pengaruh Perancis terjejas dengan kebangkitan Amerika Syarikat dalam menyelesaikan masalah ekonomi di Eropah. Kini, Perancis telah bangkit semula menjadi sebuah negara kuasa besar dan kestabilan ekonomi.[9]
Semasa Perang Dunia Kedua, Perancis telah kehilangan banyak pedagang terutamanya dari Kanada, Amerika Syariakat dan China. Perancis kehilangan sebahagian besar daripada pelaburan asing dan perdagangan dengan kemusnahan seperti yang berlaku kepada Itali selepas Perang Dunia Pertama 1918. Kemusnahan semasa Perang Dunia Pertama tidak sama dengan apa yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Dunia globalisasi menunjukkan persaingan dua blok iaitu Soviet dan Amerika saling bersaing dalam mempengaruhi kedudukan kuasa mereka, dimana Amerika lebih menonjol dan berbeza dengan kuasa Imperialis lain. Amerika bayak membuat dasar luarnya untuk membantu negara yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan seperti yang berlaku kepada Perancis.
Masalah ekonomi di Perancis juga menyebabkan mereka terpaksa bergantungan kepada pengeluran ekonomi Amerika. Amerika berusaha bagi memenuhi keperluan makanan kepada penduduk di Perancis kerana hilang pembekal makanan dari luar bagi memenuhi keperluan rakyat Perancis. Sehingga kini, bantuan Amerika ini membolehkan Perancis memenuhi keperluan lain dalam perindustrian. Keputusan untuk menerima bantuan Amerika terpaksa dilaksanakan bagi mengelak kegawatan ekonomi berlaku.
Amerika Syarikat mengawal lebih satu pertiga daripada industri Perancis terutamanya arang batu. Amerika merupakan pembekal utama aranag batu kepada Perancis yang menjadi keperluan utama dalam sektor perindustrian. Tanpa arang batu, hasil perkilangan tidak boleh dijalankan untuk menghasilkan produktivitinya. Hanya Amerika dan Jerman sahaja yang mengelurkan arang batu sebagai hasil pengeluaran negaranya. Perancis mendapatkan bekalan arang batu dari Amerika. Pergantungan Perancis terhadap Amerika dikatakan industrinya dikawal oleh Amerika hampir satu pertiga daripada industri Perancis. Pada masa yang sama, Perancis minimumkan kadar mengimport barang dan meningkatkan kadar eksport ke luar.
Selain itu, masalah ekonomi Perancis  dapat dilihat dengan jelas akibat kegawatannya dalam menanggani krisis kewangan. Perancis sangat terdesak dan memerlukan wang untuk mengisi dana dalam peridustrian serta dana-dana lain. Perancis akui kejatuhannya dan menerima rancangan ‘Marshall Plan’ bagi menampung masalah kewangan yang dihadapinya. Di bawah ‘Marshall plan’, Perancis telah menggunakan modal yang diberi oleh Amerika untuk membangunkan semula ekonomi mereka. Jelas, bahawa bantuan ini mampu untuk untuk membantu Perancis dengan masalah kekurangan wang mereka. Secara keseluruhannya, masalah kewangan Perancis di atasi dengan modal dari Amerika melalui ‘Marshall Plan’ yang dapat memanpung dua pertiga daripada krisis kewangan Perancis ketika itu.
Semua yang berlaku semasa krisis kewangan Perancis menunjukkan keadaan Perancis yang sangat lemah dan memerlukan bantuan kewangan. Modal yang diperuntukkan oleh Amerika memberi peluang kepada Perancis bagi menaikkan kedudukan Perancis sebagai negara kuasa besar. Walau bagaimanapun, masalah ekonomi telah Perancis menyebabkan pengaruh antarabangsa menjadi lemah. Kepercayaan dalam membuat keputusan (World Order) lebih kepada Amerika. Perancis telah tunduk dan menghormati Amerika serta berterima kasih kerana Amerika membantu mereka untuk membangunkan kembali kedudukan Perancis sebagai negara kuasa besar. Perananan yang dimainkan oleh Amerika ini meyakinkan dunia bahawa Amerika mampu membantu dan memerintah. Rancangan ini dikenali sebagai ‘European Reconstruction’ untuk kembalikan kegemilangan eropah di bawah kawalan dan rancangan Amerika.
Kesimpulannya, pengaruh Imperialis Perancis terhakis punca daripada kejatuhan ekonominya selepas Perang Dunia Kedua dan kebangkitan Amerika Syarikat dalam dunia globalisasi membuat dasar negara untuk membangunkan kembali Eropah dibawah kawalannya. Walaupun kedudukan Perancis sebagai kuasa besar dunia, keyakinan terhadap Perancis untuk membuat keputusan lebih rendah berbanding dengan Amerika Syarikat. Perancis akur dengan kuasa besar Amerika dan berterima kasih atas bantuan Amerika yang membangkitkan semula Perancis sebagai negara kuasa besar dunia.  

KEBANGKITAN PENGARUH AMERIKA SYARIKAT
            Kuasa-kuasa besar di dunia mempunyai kelebihan dalam pelbagai sector dan ia membezakan Negara kuasa-kuasa besar ini dari Negara-negara lain. Pengaruh yang kuat diperlukan sebagai cara untuk memperoleh sokongan dunia. Bagi memperoleh pengaruh yang dapat menguasai peraturan dunia, sesebuah Negara kuasa besar ini memerlukan pendominasian dalam dua jenis kuasa iaitu kuasa fizikal (`hard power`) dan kuasa pengaruh halus (`soft power`). Apabila sesebuah negara memperoleh kedua-dua kuasa ini, ia akan memperoleh pengaruh yang kuat di dunia. Contoh tebaik negara yang memperoleh kedua-dua jenis kuasa ini adalah Amerika Syarikat.
            Kuasa sesebuah negara dapat diukur dari kuasa fizikal yang dapat dilihat secara luaran atau digelar sebagai “hard power”. Ia dapat dilihat dari sektor kekuatan ketenteraan, politik, teknologi atau ekonomi. Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mendominasi kesemua sector kuasa ini. Pendominasian yang terbesar bagi Amerika Syarikat adalah dalam teknologi ketenteraan, pemerintahan dunia, dan kawalan dalam kadar pertukaran wang dunia. Namun, penguasaan dari segi fizikal itu sahaja tidak mengangkat Amerika sebagai kuasa terbesar dunia. Ia juga mempunyai kuasa pengaruh halus atau “soft power” untuk menguatkan peranan mereka sebagai kuasa pemerintah terulung di dunia.
Jika sesebuah negara hanya memiliki kuasa fizikal (hard power) dan mengabaikan kuasa pengaruh secara halus, negara tersebut tidak akan dapat menjadi sebuah negara yang terulung dalam pemerintahan dunia. Sebagai contoh, China merupakan sebuah negara yang mempunyai wilayah benua yang luas di selatan benua Asia. Dengan populasi masyarakat sekitar 1.6 juta penduduk, Republik Rakyat China telah menjadi satu factor dalam pemerintahan dunia yang mendatangkan kebimbangan terhadap negara-negara kuasa besar lain. Kadar populasi penduduk Republik Rakyat China ini cukup kuat untuk menjadikan China sebagai salah sebuah kuasa besar di dunia. Malangnya, China hanya mengamalkan dasar keterbukaan dengan dunia luar (barat khususnya) selepas Deng Xiao Peng mengambil alih pemerintahan dari Mao Zadong pada 1976. Semasa pemerintahan Mao Zedong, dasar China hanya menumpukan kepada perluasan kuasa dan pengaruh Komunis serta hanya memfokuskan negara terhadap dasar tertutup yang hanya berkenaan perihal negara itu sahaja. Kelemahan dalam menyebarkan ‘soft power’ memberi impak yang besar kepada kuasa China di mata dunia dan menjadi satu halangan bagi China untuk menjadi pemerintah terulung di dunia. Bahasa Inggeris dan budaya barat lebih berpengaruh berbanding bahasa Mandarin (bahasa yang diaplikasi di China) dan budaya timur (budaya yang diaplikasi oleh China) seperti yang telah terbukti dalam media masa kontemporari ini.
Perancis merupakan salah sebuah negara-negara kuasa besar dunia tetapi walaupun berkedudukan sebaris dengan Amerika kuasa Perancis di mata dunia tetap tidak dapat menandingi kekuasaaan ulung Amerika di abad ke 21 ini. Jika bahasa memainkan peranan penting dalam menentukan ‘soft power’ sesebuah negara, bagaimana dengan kedudukan bahasa Perancis di dunia? Pada tahun 1999, Bahasa Perancis merupakan bahasa ke-11 yang digunakan sebagai bahasa percakapan di dunia. Menurut Laporan Ethnologi yang dijalankan pada tahun tersebut, 77 juta penduduk dunia menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa utama dan seramai 51 uta penduduk menggunakan bahasa ini sebagai bahasa kedua (selepas Bahasa Inggeris). Perluasan pengaruh Perancis dan kegemilangan penggunaan Bahasa Perancis sebagai bahasa utama berlaku pada era sebelum perang dunia ke-2 di mana Perancis pada waktu itu merupakan sebuah kuasa empayar yang begitu besar. Namun, kemerosotan pengaruh Perancis bermula semasa Perang Dunia Ke-2 dan ia dapat dilihat apabila sebahagian negara Perancis ditawan oleh German dalam sesi perang tersebut.
Nasib Perancis bertambah teruk apabila munculnya gerakan-gerakan pemisah di sebahagian negara-negara takluk Perancis yang menuntut hak kemerdekaan. Satu demi satu negara coloni Perancis menuntut hak kemerdekaan selepas Perang Dunia ke-2. Algeria merupakan sebuah wilayah coloni Perancis yang terbesar di utara benua Afrika yang menuntut hak kemerdekaan. Kisah berdarah penuntutan hak kemerdekaan Algeria oleh penduduk Algeria sendiri dirakamkan dalam peristiwa “Battle of Algeria” dan telah menjadi peristiwa paling buruk dalam sejarah dekolonisasi di Eropah memandangkan ia mngorbankan begitu banyak penduduk awam yang tidak bersalah. Dikolonisasi yang berlaku adalah factor yang banyak menyumbang kepada kemerosotan kuasa Perancis pada era selepas perang dunia ke-2. Hal ini menandakan Perancis telah hilang sfera pengaruhnya atau “sphere of influence”. Pengaruh Perancis semakin merudum dari senarai kuasa teratas manakala pengaruh Amerika Syarikat sebaliknya semakin berlelluasa ke seluruh dunia melalui era globalisasi.

Media merupakan medium penting dalam menyebarkan pengaruh atau propaganda sesebuah negara. Budaya, bahasa, berita malah fakta majoritinya disebarkan oleh media. Amerika Syarikat dilihat pada era ini sebagai sangat berpengaruh sehingga mereka dapat mengawal elemen-elemen penyebaran maklumat ini mengikut citarasa mereka. Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas di seluruh dunia juga dapat menjadi ukuran kepada tahap kekuatan pengaruh Amerika Syarikat. Di era globalisasi ini, Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di seluruh dunia berbanding dengan bahasa lain dalam urusan rasmi atau tidak rasmi oleh organisasi dalam sesebuah negara dan juga organisasi antarabangsa.
Pengaruh Amerika yang begitu kuat mampu untuk memanipulasi keadaan dunia dengan menyebarkan pelaku-pelaku bersifat antagonis dan protagonist mengikut klasifikasi pandangan mereka sendiri. Amerika berkebolehan mengawal isu-isu dunia untuk menstabilkan negara mereka. Sebagai contoh, isu yang amat berkontroversi iaitu isu Taliban yang terdapat dalam propaganda Amerika Syarikat semasa serangan ke atas Iraq pada 2003. Taliban dikatakan sebagai satu organisasi politik yang memperjuangkan nasib Afghanisthan. Namun, organisasi ini sebenarnya didalangi oleh Amerika sendiri melalui CIA dan ini telah disahkan oleh Setiausaha Amerika Syarikat sendiri iaitu Hillary Clinton pada 2009. Tindakan memanipulasi fakta oleh US memberi kesan kepada keadaan di seluruh dunia. Pengaruh Amerika menjadi batu loncatan dan membuka jalan yang luas bagi Amerika untuk menjadi kuasa teulung di dunia. Dengan pendominasian Amerika dalam propaganda dunia, Amerika berjaya membuatan banyak negara menyokong dan bersetuju dengan dasar luar Amerika.
“War on terror” atau “peperangan terhadap pengganas” merupakan polisi dasar luar AS yang dilancarkan semasa pemerintahan George W Bush selepas peristiwa 9/11 dan tlah menjadi sebagai satu ‘world order’ memandangkan ia disokong oleh banyak negara di seluruh dunia. Kesan kepada pengiktirafan terhadap polisi ini, kebanakkan negara mengikut langkah AS untuk menentang negara Islam memandangkan AS menggelar negara-negara Islam sebagai negara pengganas. Hal ini menunjukkan tahap kekuasaan AS dapat mempengaruhi dan mengawal dunia dari pelbagai sudut.

MASALAH DALAMAN
Selain menghadapi masalah luaran, Perancis juga menghadapi masalah dalaman dan ini memberi kesan kepada kemerosotan kuasa Perancis dalam era globalisasi ini. Rusuhan pada November 2005 telah membuka mata para pemimpin kerajaan Perancis bahawa mereka perlu hadapi masalah bukan sahaja dari luar negara malah mereka juga perlu menghadapi masalah yang serius di dalam negara.Pada waktu itu, kadar pengangguran begitu tinggi di Perancis iaitu melebihi 9% dan kadar ini sangat tinggi untuk pekerja-pekerja yang kurang berkelayakan. Hal menunjukkan masalah ekonomi berlaku di Perancis.
Selain itu, masalah perkauman juga berlaku di Perancis dalam pencarian kerja. Golongan berkulit hitam dan anak-anak muda Arab dari kawasan yang miskin bergelar “beurs” adalah mangsa pertama bagi masalah perkauman. Mereka melalui kehidupan yang penuh kekecewaan dan penghinaan yang berterusan. Semua kajian menunjukkan bahawa Perancis memberi layanan yang lebih positif terhadap pendatang daripada negara-negara utama yang lain, termasuk Amerika Syarikat berbanding penduduk mereka.
Perancis telah menjadi sebuah negara imigresen. 32% dariPADA penduduk Perancis merupakan pendatang imigresen adalah satu kadar yang cukup tinggi. Gelombang pendatang yang paling terkini adalah dari Poland , Itali sejak sebelum Perang Dunia 2, Sepanyol dan Portugis dalam tahun-tahun 1950-an-1960-an, Utara Afrika pada tahun 1960-an, orang Asia dalam tahun 1970-an dan Afrika Barat pada tahun 1970-an 1980-an. Pada tahun 1999, 23% rakyat Perancis mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa atau keturunan yang terdiri daripada golongan pendatang immigran ke Perancis.
Pada tahun-tahun 1960-an, dalam ledakan ekonomi negara, sektor pembuatan Perancis, contohnya dalam industri pembuatan kereta berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan tenaga kerja. Mereka telah menarik beratus-ratus penduduk Maghribi dan Algeria yang tinggal di Perancis dan merupakan golongan pertama yang dipanggil sebagai tenaga kerja pada tahun 1980-an apabila ekonomi merudum. Ini menimbulkan masalah sosial dan psikologi yang kronik kepada golongan kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negative dari luar.
Di Barat-Afrika, penduduk-penduduk kampung secara tradisionalnya akan menghantar golongan lelaki muda mereka yang terbaik ke Perancis untuk bekerja keras. Golongan ini seterusnya akan menghantar sebahagian besar daripada gaji mereka kepada keluarga mereka dan kembali ke kampung setelah dua puluh tahun tinggal di Perancis. Setelah golongan Sayap Kiri berkuasa di Perancis pada tahun 1980-an, penghijrahan ini kemudiannya, telah membentuk satu penghijrahan besar oleh golongan miskin dari Barat Afrika. Mereka sanggup hidup bersendirian selama bertahun-tahun dan berjauhan dari anak-anak mereka hinggakan dasar “Pengumpulan semula Keluarga” (penyusunan kembali sebuah keluarga) telah ditubuhkan di bawah prinsip “adalah hak bagi setiap orang untuk mempunyai kehidupan keluarga yang normal”.
Dasar ini telah banyak mengubah corak imigresen iaitu wanita yang datang dari kampung dan tidak mempunyai pengalaman hidup Eropah serta mempunyi keupayaan untuk menyesuaikan diri boleh berkeluarga denga pendudk tempatan. Namun, hal ini menimbulkan permasalahn di mana poligami menjadi satu isu utama Perancis dengan beberapa buah negara (Mali), dan mengikut undang-undang Perancis, semua kanak-kanak yang dilahirkan dalam Perancis secara automatiknya menjadi warga Perancis. Pada tahun 2004, daripada 173 390 kad pemastautin baru bukan Eropah, 110 619 adalah berkaitan dengan polisi “Pengmpulan Semula Keluarga”
Pada tahun 1962, setelah berakhir perang Algeria dalam menuntut kemerdekaan, orang-orang Perancis yang duduk di Algeria dipindahkan ke Perancis sebagaimana jumlah askar Algeria dalam Tentera Perancis,  yang digelar “harkis” bersama keluarga mereka dipindahkan ke Algeria semula (kebanyakan orang-orang yang kekal didapati disembelih). Kehidupan keluarga berdarah Algeria yang tidak berpindah dari Perancis adalah sukar seperti kehidupan semua pendatang lain dan dipandang rendah kerana diklasifikasikan sebagai pengkhianat.
Visi Perancis adalah berdasarkan idea bahawa semua warganegara Perancis mesti dilayan sama rata. Oleh itu, warganegara Perancis telah membentuk satu peruntukan khas untuk pendidikan para pendatang. Namun masalah timbul dalam banyak kes, terutamanya kes yang melibatkan keluarga yang tidak berbahasa Perancis, anak-anak dari keluarga ini sering tercicir dalam sistem persekolahan. Tambahan lagi, sistem undang-undang yang sangat ketat ke atas buruh, serta ketidakwujudan pekerjaan yang sederhana membuatkan tiada apa-apa yang dapat lakukan oleh para pendatang.

SECARA KESELURUHAN PANDANGAN PENULIS
Pengaruh Perancis pada kontemporari ini tidak kuat seperti pengaruh Perancis pada era sebelum Perang dunia ke-2 walaupun ia diletakkan di barisan negara-negara kuasa besar dalam era globalisasi ini. Globalisasi membuatkan sempadan dunia menjadi tidak kelihatan. Apabila pemindahan maklumat bebas merebak di seluruh dunia, pengaruh kuasa besar dengan mudah merentasi dunia. Pendominasian US dalam pengaruh dunia akan membuatkan segala tindakan serta perilaku negara lain akan berorientasikan oleh keinginan US. Semua ini memberi kesan kepada Perancis dan membuatkan kemerosotan berlaku kepada pengaruh Perancis di peringkat dunia.
Status masyarakat Francophone dapat dijadikan sebagai kayu ukur kepada kemerosotan kuasa Perancis. Penubuhan masyarakat Francophone merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan pengaruh Perancis melalui bahasa mereka. Bahasa Perancis telah menjadi bahasa kedua dominan dalam bahasa dunia tetapi Bahasa Inggeris masih merupakan bahasa utama yang digunakan dalam dunia globalisasi ini. Era globalisasi telah membuktikan bahawa bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang lebih tinggi berbanding Perancis dalam pelbagai aspek. Internet dapat menjadi satu contoh yang baik bagaimana globalisasi menaikkan martabat bahasa Inggeris dan secara tidak langsung meninggalkan pengaruh Perancis jauh di belakang. Dengan penyebaran budaya AS secara meluas oleh pelbagai medium kepada dunia, ahli negara Francophone turut terjejas memandangkan budaya dan bahasa Perancis bukan lagi menjadi bahasa serta budaya utama dalam negara-negara ini. Budaya Amerika Syarikat menjadi unggul sebagai implikasi kecenderungan banyak Negara terhadap pengaruh dalam perintah dunia.
Perancis telah merudum banyak sejak akhir Perang Dunia 2. Daripada menjadi salah satu kuasa yang utama dengan status hegemoni dalam abad ke-19, Perancis kini hanya dalam barisan yang sama dengan kuasa besar yang lain seperti Rusia, Jerman, Jepun, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Status kuasa besar ini adalah secara rasmi diiktiraf dalam persidangan seperti Kongres Vienna atau struktur antarabangsa seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi kelebihan banyak diperoleh Amerika Syarikat sebagai ketua kuasa kesatuan dan ini boleh dilihat melalui keadaan dunia di era abad ke-21. Perancis terpaksa bergantung kepada Amerika Syarikat dari pelbagai segi aspek. Melalui globalisasi, Amerika Syarikat telah membuat dasar penjajahan baru tanpa menduduki sesebuah negara tersebut.
Penyebaran pengaruh dan ideologi AS yang tiada had serta sempadan membuatkan pengaruh Perancis semakin dikekang dan makin merosot dari statusnya dahulu. Factor lain seperti ekonomi serta masalah dalaman Perancis juga merupakan salah satu penyebab kepada kemerosotan Perancis di mata dunia. Globalisasi walaubagaimanapun merupakan pentas yang amat mencabar kepada Perancis untuk menandingi kuasa AS pada zaman ini. Dengan permasalahan yang dialami Perancis, kuasa Perancis semakin merudum memandangkan kuasa negara-negara lain semakin meningkat bersaing dalam menjadi kuasa terulung di mata dunia.





RUJUKAN
BUKU:
  1. Jean Paul Martin (1948) “French Foreign Policy”,  Fourth International, Volume IX Number 7 Sept 1948, Published by Fourth International Publishing Association
  2. Tyler Stovall (2002) “French Since The Second World War ”, Pearson Education Limited, Great Britain
  3. Roy C. Macridis (1992) “Foreign Policy in World Politics” 8th Editions, Prentice Hall, Englewood Cliffs, New Jersey
  4. Wayne C. Mc Williams and Harry Piotrowski (2006) “The World Since 1945: A History of International Relations ” 6th Editions, Lynne Rienner Publishers, Inc.
  5. Philip H. Gordon and Sophie Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings Institution Press
INTERNET:
  1. https://www.marxists.org/history/etol/newspape/fi/vol09/no07/martin.html
  2. http://seacoast.sunderland.ac.uk/~os0tmc/contem/fifth.htm

LAIN-LAIN:
1.      Lecture note from Prof Dr Ruhanas class


[2] en.metapedia.org/wiki/France
[3] http://www.deepdyve.com/lp/berghahn-books/globalization-and-french-cultural-identity-pX603SNNLp

[4] web.mac.com/stevejrichardson/Bryanston.../globalfrance.pdf
[5] http://www.nytimes.com/2007/04/02/world/europe/02iht-france.5.5117796.html?pagewanted=all

[6] Philip H. Gordon and Sophie Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings Institution Press pg 42

[7] Philip H. Gordon and Sophie Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings Institution Press pg 57
[8] Philip H. Gordon and Sophie Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings Institution Press pg 59
[9] Tyler Stovall (2002) “French Since The Second World War ”, Pearson Education Limited, Great Britain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan