waaa.. Assignment Mcm nie.. How to study Philosophy of Warfare.....
hard to me.... tp aku usahakan lah buat ari 2....
FIRST....
kita mesti memahami apakah itu falsafah?
Falsafah ialah satu disiplin ilmiah
yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah
dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal
daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta
kepada hikmah". (wikipedia)
Apa yang perlu dibincangkan dalam falsafah adalah mengenai ilmu pengetahuan. Elemen pemikiran falsafah yang penting untuk diambil kira terdapat tiga iaitu sistematik, radikal dan sejagat.
SISTEMATIK.
Seseorang pelajar atau pemikir falsafah perlu berfikir secara sistematik. "Saya mesti berfikir secara sistematik." Apakah itu sistematik?
Berfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi
selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun.(wikipedia) ia adalah berfikir secara logik dan teratur. Logik ini adalah sesuatu yang dapat difikirkan dengan akal fikiran kita sendiri samaada ia benar ataupun salah. Jika dalam litar elektronik logik ini digunakan sebagai 1 dan 0. Pemahaman kita mengenai logik perlu supaya kita boleh membezakan samaada kita boleh terima keadaan tersebut atau tidak.
RADIKAL
Kita sebagai pemikir falsafah perlu memikirkan sesuatu keadaan secara radikal. Apa yang dimaksudkan dengan radikal ialah memikirkan sesuatu dengan sedalam-dalamnya sehingga keakar atau asas pokok permulaan sesuatu keadaan atau peristiwa. Jika kita melihat sesuatu keadaan, apa yang perlu dilakukan ialah mencari punca dan sebab musabab sesuatu itu berlaku. Dalam memikirkan keadaan perang, sudah pasti kita mesti memikirkan sebab sesuatu peperangan itu berlaku.
SEJAGAT

OK... Seterusnya kita bincang mengenai belajar mengenai falsafah peperangan secara lanjut lagi berhubung dengan tiga lagi unsur penting bagi membincangkan isu peperangan..
Mengenai isu perperangan, kita perlu melihat kepada tiga aspek penting iaitu "History, Motives and Means". Apa yang saya pelajari di bilik kuliah, Perbincangan sesuaatu peperangan adalah berdasarkan tiga aspek tersebut. Dalam memikirkan tiga aspek tersebut, ia perlulah merangkumi kesemua elemen falsafah yang telah saya perkatakan tadi iaitu sistematik, radikal dan sejagat.
HISTORY (SEJARAH)
Sejarah adalah sesutu peristiwa lampau yang boleh dijadikan pengajaran bagi masa akan datang. Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan"[2]) adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. (wikipedia).

MOTIVES (MOTIF)
Motif ialah tujuan atau sebab. Dalam kamus dewan bahasa dan Pustaka motif ini diertikan sebagai sebab yg mendorong seseorang berbuat atau melakukan sesuatu berkenaan dengan dasar fikiran atau pendapat. Dalam pemikiran falsafah Peperangan, motif ini di bincangkan dengan melihat kepada Warring Parties, The States, The People, The Supporter, and lain-lain yang terlibat dalam peperangan tersebut. Perbincangan perlu memikirkan secara radikal dan sistematik mengenaik sesuatu pihak. Jika membincangkan mengenai Negara yang berperang, kita perlu memastikan apakah motif mereka berperang?. apakah rasionalnya sesebuah negara itu berperang.
MEANS (CARA @ ALAT(INSTRUMENT))
Means ialah cara atau alat-alat yang digunakan dalam sesuatu keadaan perang tersebut. Means itu bererti sesuatu kepentingan dalam negara itu yang telah digunakan sebagai instrument perperangan. Instrument dalam sesebuah negara ialah Military, economic, political, diplomacy, religious, and so on. Dalam menilai peperangan, ia perlu menilai apakah instrument yang telah digunakan dalam sesuatu peperangan tersebut. Berapakah angkatan tentera yang telah terlibat dalam sesuatu peperangan itu (military) dan berapakah kos perbelanjaan yang telah dihabiskan dalamperprangan (economic).

Mne dpt ni sume?
BalasPadam