PENGARANG:
- PEGAWAI KADET MUHAMMAD ZAKWAN ABD GHANI
- PEGAWAI KADET MOHAMAD FAHMI BIN MASWAN
SUB: DIS3023
Perancis
dengan rasminya merupakan sebuah kesatuan republik separa presiden di Eropah
Barat[1]
dengan beberapa wilayah di luar negara dan pulau yang terletak di benua lain
dan juga di lautan India, Pasifik dan Atlantik. Metropolitan Perancis meluas
dari Laut Mediterranean ke saluran Inggeris dan Laut Utara serta dari Rhine ke
Lautan Atlantik[2].
Perancis
merupakan satu kuasa empayar global kedua terbesar di dunia di belakang
empayar-empayar kolonial British dalam abad ke-19 dan ke-20. Britain
memfrasakan diri mereka sebagai 'matahari tidak pernah tenggelam'. Apabila
barat pada waktu malam, timur masih mempunyai matahari. Hal ini membawa makna
empayar Britain berada di seluruh dunia. Dalam persaingan dengan Britain untuk menjadi
kuasa terulung dunia, Perancis mula menubuhkan koloni di benua Amerika, benua
Afrika, Asia, Oceania dan lautan Antartika. Empayar penjajah Perancis dari abad
ke-17 hingga akhir 1970 `s dalam jangka empayar dilanjutkan lebih 13.000.000 km
persegi pada kemuncak empayarnya.
DUNIA GLOBAL DAN KESAN KE ATAS
PERANCIS
Adaptasi
Perancis kepada ekonomi dunia global akhirnya terbayar dari segi prestasi, yang
kini boleh dikatakan lebih baik sejak tahun 1960-an. Kehilangan kawalan
kerajaan dan ketidaksamarataan terhadap layanan oleh Perancis terhadap
rakyatnya hasil daripada globalisasi boleh menjadi harga yang amat bernilai untuk
membayar kemakmuran dan kadar pekerjaan[3]
yang meningkat kepada Perancis sendiri. Perancis secara tidak langsung telah
menyesuaikan diri dengan dengan globalisasi. Namun, penyesuaian ini dilihat
sebagai satu yang amat mengekang kuasa Perancis untuk terus tersebar di era
globalisasi ini.
Globalisasi
merupakan satu cabaran bagi Perancis atas tiga sebab utama. Pertama adalah
tradisi ahli statistik, politik dan ekonomi Perancis. Globalisasi membayangkan
bahawa pasaran dunia, dan bukan sesebuah Negara yang akan menentukan hubungan
ekonomi. Hal ini amat sukar untuk diterima oleh masyarakat sebuah negara
menyandangkan sepenuh harapan kepada negara tersebut untuk menyediakan
pekerjaan, mengagihkan hasil dapatan, perlindungan terhadap kadar import yang
tidak diingini, dan galakan terhadap sektor perindustrian yang berprestij yang
dianggap sebagai kepentingan negara. Perancis pada masa kini masih bersandarkan
kepada ekonomi negara itu sendiri sebagai satu factor terbesar ekonomi dan
tidak bersandarkan kepada pasaran dunia untuk memastikan kesejahteraan meraka.
Semua ini menjadikan Perancis sukar untuk menerima ekonomi, sosial, dan budaya
yang dibawa oleh globalisasi ini atas sebab keparcayaan terhadap Negara itu
sendiri adalah tinggi berbanding denga kepercayaan terhadap sumber luar.
Kedua,
globalisasi adalah satu cabaran tertentu untuk Perancis kerana ia dilihat
mengancam kedudukan global negara lain yang telah lama ingin bersaing di
peringkat antarabangsa. Manakala negara-negara Eropah yang lebih kecil kebanyakkannya
telah mengeluarkan permainan global diplomatik sejak Perang Dunia II berakhir
demi kredibiliti mereka di mata dunia. Perancis tidak pernah berputus asa untuk
memegang pengaruh global dalam di peringkat universal. Globalisasi bagaimanapun
telah mengancam pengaruh ini dengan mempengaruhi negara-negara yang bersekutu
dengan cara diplomatik Perancis[4].
Globalisasi juga bermakna pengutamaan dalam kepimpinan dunia kepada AS atau
dalam kata lain proses mengehadkan peranan diplomatic tradisional Perancis
dengan menuruti kekuasaan terhadap pertubuhan-pertubuhan kolektif seperti
Kesatuan Eropah (EU) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)[5].
Akhir
sekali, dan yang paling penting, Perancis amat berbangga dengan budaya dan
identiti mereka dan merasakan kini mereka banyak terancam oleh globalisasi atas
faktor pengamerikaan. Teknologi baru dan ideologi yang semakin meningkat serta
perdagangan bebas telah membantu untuk menjadikan masyarakat lebih mudah terpengaruh
dengan budaya asing khususnya dari Amerika Syarikat. Penyebaran Internet dan
teknologi komunikasi yang lain serta liberalisasi perdagangan dalam barangan
pertanian, harta intelek, dan perkhidmatan segalanya di bawah dominan Amerika
Syarikat. Hal ini membuatkan globalisasi menjadi satu kebimbangan Perancis
mengenai hakisan tradisi, budaya dan bahasa mereka.
Ancaman
sebenar kepada Perancis dari globalisasi ini bukan sahaja terhadap ekonomi
tetapi juga kebudayaan. Keinginan untuk mengekalkan budaya di peringkat
universal isu-isu baru mengenai budaya di Perancis jua menjadi ancaman terhadap
Perancis hasil dari proses globalisasi. Sepanjang tempoh selepas perang,
Perancis dari masa ke semasa melalui "krisis identiti," yang memberi
tumpuan kepada kebimbangan tentang dominasi budaya Amerika Syarikat. Situasi
terkini yang berlaku adalah di mana identiti Perancis dan budayanya hari ini
seolah-olah semakin terancam oleh globalisasi.
Globalisasi
yang tidak terkawal mendatangkan kebimbangan yang tinggi terhadap Perancis dan
akan memaksa Perancis membuat perubahan terhadap aspek yang memberi impak yang
besar terhadapnya sendiri iaitu perubahan dari segi hiburan, seni, tradisi
masakan dan bahasa. Pengekalan Perancis dalam aspek ini yang dalam usaha membuatkan
Perancis dikenal pasti sebagai Perancis[6]
hanya akan membuatkan Perancis berada di takuk lama. Kebimbangan seperti yang
terbukti dalam kajian orang ramai, mendedahkan bahawa majority penduduk
Perancis percaya bahawa globalisasi mengancam identiti negara mereka.
Dalam
konteks global, maka tidak hairanlah bahawa hampir semua ahli politik Perancis
menyokong usaha-usaha untuk menghadkan globalisasi apabila ia datang kepada
isu-isu yang memberi kesan budaya dan identiti. Malah, dalam bidang ekonomi,
terdapat sekurang-kurangnya beberapa perbahasan di seluruh arena politik sama
ada untuk mengekang atau menuruti globalisasi. Dalam konteks Perancis, terdapat
persetujuan yang kuat kepada keperluan untuk mempertahankan identiti Perancis,
cara hidup dan budaya agar Perancis dapat mengekalkan pengaruhnya di mata dunia.
FAKTOR KEMEROSOTAN
Kemerosotan
dapat dilihat dalam ciri-ciri demografi seperti ekonomi, kepadatan penduduk dan
pengaruh bahasa Perancis.
KEMEROSOTAN “SOFT POWER”
‘Soft
Power’ atau pengaruh halus merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi
kepada negara-negara kuasa besar dunia. Perubahan dalam dunia globalisasi
memberi ancaman kepada pengaruh halus terutama penggunaan bahasa Perancis
terhakis dengan perkembangan pesat Bahasa Inggeris menular masuk dalam pelbagai
kegunaan di Eropah. Bahasa adalah unsur
terpenting dalam menilai pengaruh sesuatu kuasa besar negara.
Terdapat
beberapa kepentingan dalam fungsi bahasa terhadap pengaruh kuasa sesebuah
negara. Pertama, bahasa merupakan pusat penumpuan sesuatu kuasa pengaruh.
Bahasa perancis digunakan bagi menyatukan Republik di Perancis. Banyak
negara-negara yang mendapat pengaruh dengan Bahasa Perancis terutamanya negara
disekeliling Perancis[7]. Penting bagi Perancis untuk mempertahankan
bahasa mereka bagi mengekalkan kedudukannya sebagai negara yang pernah menjadi
kuasa Imperialisme. Kedua ialah bahasa perancis adalah kaitan rapat dengan
pengaruh dan kedudukan kuasa sesebuah negara di mata dunia. Matlamat Perancis
bagi mengekalkan kedudukan dan pengaruhnya dalam negara kuasa besar. Walaupun
orang perancis sedar bahawa mereka tidak lagi mengusai bahasanya dalam pengaruh
antarabangsa, dalam urusan diplomasi, perjanjian dan kegunaan bagi golongan
atasan, mereka tetap mahu mengekalkan seberapa banyak pengaruh bahasa Perancis
dalam keguanaan mereka. Perancis mengambil pendekatan yang wajar bagi
mempertahankan bahasa mereka dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Perancis
dalam pawagam, televisyen, radio, muzik, di pek makanan dan lain-lain perkara
yang boleh menonjolkan identiti mereka sebagai negara yang berpengaruh dan
negara yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai keperluan di Perancis dan di seluruh dunia.
Bahasa
Perancis menunjukkan kehadiaran kuasa perancis dan bahasa Republik ini perlu
dikekalkan peranannya sebagai bahasa
komunikasi dan memelihara budayanya. Antara usaha perancis bagi menggalakkan
penggunaan Bahasa Perancis di seluruh dunia ialah dengan menubuhkan
‘Organisation internationale de la Francophonie’ yang disertai oleh 55 negara
anggota dan sembilan negara yang dicalonkan bagi memenuhi struktur organisasi
pertubuhan. Pertubuhan ini melaksanakan pelbagai cara bagi mencapai matlamat
bagi memperkasakan Bahasa Perancis termasuklah menyokong pengajaran Bahasa
Perancis, menyiarkan saluran TV dalam bahasa Perancis, mengembangkan pertukaran
budaya dalam masyarakat, dan kemudahan penciptaan budaya di Perancis[8].
Mesyuarat kemuncak diadakan 5 tahun sekali dan banyak perbincangan mengenai
keutuhan Perancis dan juga diplomasi. Kadang-kadang perancis menggunakan
undang-undang bagi mempertahankan bahasa Perancis dan menghalang daripada
penggunaan perkataan-perkataan asing.
Selain
itu, Majlis Tertinggi Bahasa Perancis (Conseil Supérieur de la langue
Française) yang bertanggungjawab dalam membuat kajian mengenai isu-isu mengenai
penggunaan, pengkayaan dan promosi bahasa Perancis. Mereka diamanahkan bagi
menyediakan terjemahan alternatif yang diguna pakai dalam komputer berterma
bahasa Inggeris bagi memelihara bahasa Perancis. Walaupun usaha-usaha ini telah
dilakukan, Bahasa Inggeris tetap jelas menjadi bahasa utama dalam urusan
perniagaan antarabangsa, diplomasi, internet, dan sebahagian besar pengaruh
kepada budaya penggunaan bahasa. Perancis tidak dapat menghalang secara
keseluruhan Bahasa Inggeris yang telah menjadi semakin pesat digunakan.
Seterusnya, Perancis telah mengiktiraf bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa
kedua yang digunakan seperti yang dilakukan di negara-negara lain.
Bahasa
Inggeris telah mendominasi dalam pendidikan sekolah menengah di Perancis. Para
penyelidik bimbang berlaku penyeragaman bahasa Inggeris dalam pelajaran dan
pengajaran di sekolah. Perancis telah hilang daya saing dengan bahasa Inggeris
dalam satu lagi bidang yang semakin global iaitu kawalan lalu lintas udara
antarabangsa. Menjadi suatu masalah yang besar sekiranya berlaku pertembunagan
bahasa dalam sistem komunikasi udara di Perancis dengan. Majoriti kawalan
lalulintas seluruh negara mengamalkan bahasa inggeris. Perancis terpaksa
mengakui bahawa Bahasa Inggeris penting untuk dipelajari bagi menjalinkan
hubungan diplomasi, komunikasi dan sebagai bahasa perhubungan. Dunia
globalisasi dengan kemajuan teknologi, internet menjadiakan penggunaan bahasa
Inggeris lebih penting berbanding bahasa perancis.
Kesimpulannya,
bahasa Perancis terhakis punca daripada pengaruh bahasa inggeris telah meluas
penggunaannya dalam dunia globalisasi. Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa
utama yang digunakan secara meluas, dan Bahasa Perancis telah ketinggalan jauh
untuk mencapai tahap pengaruhnya seperti Bahasa Inggeris. Dan bahan-bahan
bacaan di luar dan juga internet banyak temui dalam bahasa inggeris.
Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa Bahasa Perancis semakin hilang pengaruh
hakisan daripada bahasa Inggeris yang kini pesat membangun di dunia
Globalisasi.
KRISIS EKONOMI
PERANCIS
Kuasa Imperialis Perancis semasa Perang Dunia Kedua banyak
mengalami masalah kewangan kerana kemusnahan infrastruktur dan berlakunya
inflasi dalam negara. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan
pelbagai bantuan dan alternatif dari sekutu Perancis iaitu Amerika Syarikat.
Kini, Perancis mampu untuk mengekalkan kedudukan antarabangsa yang menjadi
bahagian besar kuasa industri dan keutuhan kewangan negara. Walau bagaimanapun,
pengaruh Perancis terjejas dengan kebangkitan Amerika Syarikat dalam
menyelesaikan masalah ekonomi di Eropah. Kini, Perancis telah bangkit semula
menjadi sebuah negara kuasa besar dan kestabilan ekonomi.[9]
Semasa Perang Dunia Kedua, Perancis
telah kehilangan banyak pedagang terutamanya dari Kanada, Amerika Syariakat dan
China. Perancis kehilangan sebahagian besar daripada pelaburan asing dan
perdagangan dengan kemusnahan seperti yang berlaku kepada Itali selepas Perang Dunia
Pertama 1918. Kemusnahan semasa Perang Dunia Pertama tidak sama dengan apa yang
berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Dunia globalisasi menunjukkan persaingan
dua blok iaitu Soviet dan Amerika saling bersaing dalam mempengaruhi kedudukan
kuasa mereka, dimana Amerika lebih menonjol dan berbeza dengan kuasa Imperialis
lain. Amerika bayak membuat dasar luarnya untuk membantu negara yang mengalami
masalah ekonomi dan kewangan seperti yang berlaku kepada Perancis.
Masalah ekonomi di Perancis juga
menyebabkan mereka terpaksa bergantungan kepada pengeluran ekonomi Amerika.
Amerika berusaha bagi memenuhi keperluan makanan kepada penduduk di Perancis
kerana hilang pembekal makanan dari luar bagi memenuhi keperluan rakyat
Perancis. Sehingga kini, bantuan Amerika ini membolehkan Perancis memenuhi
keperluan lain dalam perindustrian. Keputusan untuk menerima bantuan Amerika
terpaksa dilaksanakan bagi mengelak kegawatan ekonomi berlaku.
Amerika Syarikat mengawal lebih satu
pertiga daripada industri Perancis terutamanya arang batu. Amerika merupakan
pembekal utama aranag batu kepada Perancis yang menjadi keperluan utama dalam
sektor perindustrian. Tanpa arang batu, hasil perkilangan tidak boleh
dijalankan untuk menghasilkan produktivitinya. Hanya Amerika dan Jerman sahaja
yang mengelurkan arang batu sebagai hasil pengeluaran negaranya. Perancis
mendapatkan bekalan arang batu dari Amerika. Pergantungan Perancis terhadap
Amerika dikatakan industrinya dikawal oleh Amerika hampir satu pertiga daripada
industri Perancis. Pada masa yang sama, Perancis minimumkan kadar mengimport
barang dan meningkatkan kadar eksport ke luar.
Selain itu, masalah ekonomi
Perancis dapat dilihat dengan jelas
akibat kegawatannya dalam menanggani krisis kewangan. Perancis sangat terdesak
dan memerlukan wang untuk mengisi dana dalam peridustrian serta dana-dana lain.
Perancis akui kejatuhannya dan menerima rancangan ‘Marshall Plan’ bagi
menampung masalah kewangan yang dihadapinya. Di bawah ‘Marshall plan’, Perancis
telah menggunakan modal yang diberi oleh Amerika untuk membangunkan semula
ekonomi mereka. Jelas, bahawa bantuan ini mampu untuk untuk membantu Perancis
dengan masalah kekurangan wang mereka. Secara keseluruhannya, masalah kewangan
Perancis di atasi dengan modal dari Amerika melalui ‘Marshall Plan’ yang dapat
memanpung dua pertiga daripada krisis kewangan Perancis ketika itu.
Semua yang berlaku semasa krisis
kewangan Perancis menunjukkan keadaan Perancis yang sangat lemah dan memerlukan
bantuan kewangan. Modal yang diperuntukkan oleh Amerika memberi peluang kepada
Perancis bagi menaikkan kedudukan Perancis sebagai negara kuasa besar. Walau
bagaimanapun, masalah ekonomi telah Perancis menyebabkan pengaruh antarabangsa
menjadi lemah. Kepercayaan dalam membuat keputusan (World Order) lebih kepada Amerika.
Perancis telah tunduk dan menghormati Amerika serta berterima kasih kerana
Amerika membantu mereka untuk membangunkan kembali kedudukan Perancis sebagai
negara kuasa besar. Perananan yang dimainkan oleh Amerika ini meyakinkan dunia
bahawa Amerika mampu membantu dan memerintah. Rancangan ini dikenali sebagai
‘European Reconstruction’ untuk kembalikan kegemilangan eropah di bawah kawalan
dan rancangan Amerika.
Kesimpulannya, pengaruh Imperialis
Perancis terhakis punca daripada kejatuhan ekonominya selepas Perang Dunia
Kedua dan kebangkitan Amerika Syarikat dalam dunia globalisasi membuat dasar
negara untuk membangunkan kembali Eropah dibawah kawalannya. Walaupun kedudukan
Perancis sebagai kuasa besar dunia, keyakinan terhadap Perancis untuk membuat keputusan
lebih rendah berbanding dengan Amerika Syarikat. Perancis akur dengan kuasa
besar Amerika dan berterima kasih atas bantuan Amerika yang membangkitkan
semula Perancis sebagai negara kuasa besar dunia.
KEBANGKITAN PENGARUH AMERIKA
SYARIKAT
Kuasa-kuasa besar di dunia mempunyai
kelebihan dalam pelbagai sector dan ia membezakan Negara kuasa-kuasa besar ini
dari Negara-negara lain. Pengaruh yang kuat diperlukan sebagai cara untuk
memperoleh sokongan dunia. Bagi memperoleh pengaruh yang dapat menguasai
peraturan dunia, sesebuah Negara kuasa besar ini memerlukan pendominasian dalam
dua jenis kuasa iaitu kuasa fizikal (`hard power`) dan kuasa pengaruh halus
(`soft power`). Apabila sesebuah negara memperoleh kedua-dua kuasa ini, ia akan
memperoleh pengaruh yang kuat di dunia. Contoh tebaik negara yang memperoleh
kedua-dua jenis kuasa ini adalah Amerika Syarikat.
Kuasa sesebuah negara dapat diukur
dari kuasa fizikal yang dapat dilihat secara luaran atau digelar sebagai “hard
power”. Ia dapat dilihat dari sektor kekuatan ketenteraan, politik, teknologi
atau ekonomi. Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mendominasi kesemua
sector kuasa ini. Pendominasian yang terbesar bagi Amerika Syarikat adalah
dalam teknologi ketenteraan, pemerintahan dunia, dan kawalan dalam kadar
pertukaran wang dunia. Namun, penguasaan dari segi fizikal itu sahaja tidak
mengangkat Amerika sebagai kuasa terbesar dunia. Ia juga mempunyai kuasa pengaruh
halus atau “soft power” untuk menguatkan peranan mereka sebagai kuasa
pemerintah terulung di dunia.
Jika
sesebuah negara hanya memiliki kuasa fizikal (hard power) dan mengabaikan kuasa
pengaruh secara halus, negara tersebut tidak akan dapat menjadi sebuah negara
yang terulung dalam pemerintahan dunia. Sebagai contoh, China merupakan sebuah
negara yang mempunyai wilayah benua yang luas di selatan benua Asia. Dengan
populasi masyarakat sekitar 1.6 juta penduduk, Republik Rakyat China telah
menjadi satu factor dalam pemerintahan dunia yang mendatangkan kebimbangan
terhadap negara-negara kuasa besar lain. Kadar populasi penduduk Republik
Rakyat China ini cukup kuat untuk menjadikan China sebagai salah sebuah kuasa
besar di dunia. Malangnya, China hanya mengamalkan dasar keterbukaan dengan
dunia luar (barat khususnya) selepas Deng Xiao Peng mengambil alih pemerintahan
dari Mao Zadong pada 1976. Semasa pemerintahan Mao Zedong, dasar China hanya
menumpukan kepada perluasan kuasa dan pengaruh Komunis serta hanya memfokuskan
negara terhadap dasar tertutup yang hanya berkenaan perihal negara itu sahaja.
Kelemahan dalam menyebarkan ‘soft power’ memberi impak yang besar kepada kuasa
China di mata dunia dan menjadi satu halangan bagi China untuk menjadi
pemerintah terulung di dunia. Bahasa Inggeris dan budaya barat lebih
berpengaruh berbanding bahasa Mandarin (bahasa yang diaplikasi di China) dan
budaya timur (budaya yang diaplikasi oleh China) seperti yang telah terbukti
dalam media masa kontemporari ini.
Perancis
merupakan salah sebuah negara-negara kuasa besar dunia tetapi walaupun
berkedudukan sebaris dengan Amerika kuasa Perancis di mata dunia tetap tidak
dapat menandingi kekuasaaan ulung Amerika di abad ke 21 ini. Jika bahasa
memainkan peranan penting dalam menentukan ‘soft power’ sesebuah negara,
bagaimana dengan kedudukan bahasa Perancis di dunia? Pada tahun 1999, Bahasa
Perancis merupakan bahasa ke-11 yang digunakan sebagai bahasa percakapan di
dunia. Menurut Laporan Ethnologi yang dijalankan pada tahun tersebut, 77 juta
penduduk dunia menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa utama dan seramai 51
uta penduduk menggunakan bahasa ini sebagai bahasa kedua (selepas Bahasa
Inggeris). Perluasan pengaruh Perancis dan kegemilangan penggunaan Bahasa
Perancis sebagai bahasa utama berlaku pada era sebelum perang dunia ke-2 di
mana Perancis pada waktu itu merupakan sebuah kuasa empayar yang begitu besar.
Namun, kemerosotan pengaruh Perancis bermula semasa Perang Dunia Ke-2 dan ia
dapat dilihat apabila sebahagian negara Perancis ditawan oleh German dalam sesi
perang tersebut.
Nasib
Perancis bertambah teruk apabila munculnya gerakan-gerakan pemisah di
sebahagian negara-negara takluk Perancis yang menuntut hak kemerdekaan. Satu
demi satu negara coloni Perancis menuntut hak kemerdekaan selepas Perang Dunia
ke-2. Algeria merupakan sebuah wilayah coloni Perancis yang terbesar di utara
benua Afrika yang menuntut hak kemerdekaan. Kisah berdarah penuntutan hak
kemerdekaan Algeria oleh penduduk Algeria sendiri dirakamkan dalam peristiwa “Battle of Algeria” dan telah menjadi
peristiwa paling buruk dalam sejarah dekolonisasi di Eropah memandangkan ia
mngorbankan begitu banyak penduduk awam yang tidak bersalah. Dikolonisasi yang
berlaku adalah factor yang banyak menyumbang kepada kemerosotan kuasa Perancis
pada era selepas perang dunia ke-2. Hal ini menandakan Perancis telah hilang
sfera pengaruhnya atau “sphere of influence”. Pengaruh Perancis semakin merudum
dari senarai kuasa teratas manakala pengaruh Amerika Syarikat sebaliknya
semakin berlelluasa ke seluruh dunia melalui era globalisasi.
Media
merupakan medium penting dalam menyebarkan pengaruh atau propaganda sesebuah
negara. Budaya, bahasa, berita malah fakta majoritinya disebarkan oleh media.
Amerika Syarikat dilihat pada era ini sebagai sangat berpengaruh sehingga
mereka dapat mengawal elemen-elemen penyebaran maklumat ini mengikut citarasa
mereka. Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas di
seluruh dunia juga dapat menjadi ukuran kepada tahap kekuatan pengaruh Amerika
Syarikat. Di era globalisasi ini, Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di
seluruh dunia berbanding dengan bahasa lain dalam urusan rasmi atau tidak rasmi
oleh organisasi dalam sesebuah negara dan juga organisasi antarabangsa.
Pengaruh
Amerika yang begitu kuat mampu untuk memanipulasi keadaan dunia dengan
menyebarkan pelaku-pelaku bersifat antagonis dan protagonist mengikut
klasifikasi pandangan mereka sendiri. Amerika berkebolehan mengawal isu-isu
dunia untuk menstabilkan negara mereka. Sebagai contoh, isu yang amat
berkontroversi iaitu isu Taliban yang terdapat dalam propaganda Amerika
Syarikat semasa serangan ke atas Iraq pada 2003. Taliban dikatakan sebagai satu
organisasi politik yang memperjuangkan nasib Afghanisthan. Namun, organisasi
ini sebenarnya didalangi oleh Amerika sendiri melalui CIA dan ini telah
disahkan oleh Setiausaha Amerika Syarikat sendiri iaitu Hillary Clinton pada
2009. Tindakan memanipulasi fakta oleh US memberi kesan kepada keadaan di
seluruh dunia. Pengaruh Amerika menjadi batu loncatan dan membuka jalan yang
luas bagi Amerika untuk menjadi kuasa teulung di dunia. Dengan pendominasian
Amerika dalam propaganda dunia, Amerika berjaya membuatan banyak negara
menyokong dan bersetuju dengan dasar luar Amerika.
“War
on terror” atau “peperangan terhadap pengganas” merupakan polisi dasar luar AS
yang dilancarkan semasa pemerintahan George W Bush selepas peristiwa 9/11 dan
tlah menjadi sebagai satu ‘world order’ memandangkan ia disokong oleh banyak
negara di seluruh dunia. Kesan kepada pengiktirafan terhadap polisi ini,
kebanakkan negara mengikut langkah AS untuk menentang negara Islam memandangkan
AS menggelar negara-negara Islam sebagai negara pengganas. Hal ini menunjukkan
tahap kekuasaan AS dapat mempengaruhi dan mengawal dunia dari pelbagai sudut.
MASALAH DALAMAN
Selain
menghadapi masalah luaran, Perancis juga menghadapi masalah dalaman dan ini
memberi kesan kepada kemerosotan kuasa Perancis dalam era globalisasi ini. Rusuhan
pada November 2005 telah membuka mata para pemimpin kerajaan Perancis bahawa
mereka perlu hadapi masalah bukan sahaja dari luar negara malah mereka juga
perlu menghadapi masalah yang serius di dalam negara.Pada waktu itu, kadar
pengangguran begitu tinggi di Perancis iaitu melebihi 9% dan kadar ini sangat
tinggi untuk pekerja-pekerja yang kurang berkelayakan. Hal menunjukkan masalah
ekonomi berlaku di Perancis.
Selain
itu, masalah perkauman juga berlaku di Perancis dalam pencarian kerja. Golongan
berkulit hitam dan anak-anak muda Arab dari kawasan yang miskin bergelar
“beurs” adalah mangsa pertama bagi masalah perkauman. Mereka melalui kehidupan
yang penuh kekecewaan dan penghinaan yang berterusan. Semua kajian menunjukkan
bahawa Perancis memberi layanan yang lebih positif terhadap pendatang daripada
negara-negara utama yang lain, termasuk Amerika Syarikat berbanding penduduk
mereka.
Perancis telah menjadi sebuah negara imigresen. 32% dariPADA
penduduk Perancis merupakan pendatang imigresen adalah satu kadar yang cukup
tinggi. Gelombang pendatang yang paling terkini adalah dari Poland , Itali
sejak sebelum Perang Dunia 2, Sepanyol dan Portugis dalam tahun-tahun
1950-an-1960-an, Utara Afrika pada tahun 1960-an, orang Asia dalam tahun
1970-an dan Afrika Barat pada tahun 1970-an 1980-an. Pada tahun 1999, 23%
rakyat Perancis mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa atau keturunan
yang terdiri daripada golongan pendatang immigran ke Perancis.
Pada tahun-tahun 1960-an, dalam ledakan ekonomi negara,
sektor pembuatan Perancis, contohnya dalam industri pembuatan kereta berada
dalam keadaan terdesak dan memerlukan tenaga kerja. Mereka telah menarik
beratus-ratus penduduk Maghribi dan Algeria yang tinggal di Perancis dan
merupakan golongan pertama yang dipanggil sebagai tenaga kerja pada tahun
1980-an apabila ekonomi merudum. Ini menimbulkan masalah sosial dan psikologi
yang kronik kepada golongan kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir negative dari luar.
Di Barat-Afrika, penduduk-penduduk kampung secara
tradisionalnya akan menghantar golongan lelaki muda mereka yang terbaik ke
Perancis untuk bekerja keras. Golongan ini seterusnya akan menghantar
sebahagian besar daripada gaji mereka kepada keluarga mereka dan kembali ke
kampung setelah dua puluh tahun tinggal di Perancis. Setelah golongan Sayap
Kiri berkuasa di Perancis pada tahun 1980-an, penghijrahan ini kemudiannya, telah
membentuk satu penghijrahan besar oleh golongan miskin dari Barat Afrika.
Mereka sanggup hidup bersendirian selama bertahun-tahun dan berjauhan dari
anak-anak mereka hinggakan dasar “Pengumpulan semula Keluarga” (penyusunan
kembali sebuah keluarga) telah ditubuhkan di bawah prinsip “adalah hak bagi
setiap orang untuk mempunyai kehidupan keluarga yang normal”.
Dasar ini telah banyak mengubah corak imigresen iaitu wanita
yang datang dari kampung dan tidak mempunyai pengalaman hidup Eropah serta
mempunyi keupayaan untuk menyesuaikan diri boleh berkeluarga denga pendudk
tempatan. Namun, hal ini menimbulkan permasalahn di mana poligami menjadi satu
isu utama Perancis dengan beberapa buah negara (Mali), dan mengikut
undang-undang Perancis, semua kanak-kanak yang dilahirkan dalam Perancis secara
automatiknya menjadi warga Perancis. Pada tahun 2004, daripada 173 390 kad pemastautin
baru bukan Eropah, 110 619 adalah berkaitan dengan polisi “Pengmpulan Semula
Keluarga”
Pada tahun 1962, setelah berakhir perang Algeria dalam menuntut
kemerdekaan, orang-orang Perancis yang duduk di Algeria dipindahkan ke Perancis
sebagaimana jumlah askar Algeria dalam Tentera Perancis, yang digelar “harkis” bersama keluarga mereka
dipindahkan ke Algeria semula (kebanyakan orang-orang yang kekal didapati
disembelih). Kehidupan keluarga berdarah Algeria yang tidak berpindah dari
Perancis adalah sukar seperti kehidupan semua pendatang lain dan dipandang
rendah kerana diklasifikasikan sebagai pengkhianat.
Visi Perancis adalah berdasarkan idea bahawa semua
warganegara Perancis mesti dilayan sama rata. Oleh itu, warganegara Perancis
telah membentuk satu peruntukan khas untuk pendidikan para pendatang. Namun
masalah timbul dalam banyak kes, terutamanya kes yang melibatkan keluarga yang
tidak berbahasa Perancis, anak-anak dari keluarga ini sering tercicir dalam
sistem persekolahan. Tambahan lagi, sistem undang-undang yang sangat ketat ke
atas buruh, serta ketidakwujudan pekerjaan yang sederhana membuatkan tiada
apa-apa yang dapat lakukan oleh para pendatang.
SECARA KESELURUHAN PANDANGAN PENULIS
Pengaruh
Perancis pada kontemporari ini tidak kuat seperti pengaruh Perancis pada era
sebelum Perang dunia ke-2 walaupun ia diletakkan di barisan negara-negara kuasa
besar dalam era globalisasi ini. Globalisasi membuatkan sempadan dunia menjadi
tidak kelihatan. Apabila pemindahan maklumat bebas merebak di seluruh dunia,
pengaruh kuasa besar dengan mudah merentasi dunia. Pendominasian US dalam
pengaruh dunia akan membuatkan segala tindakan serta perilaku negara lain akan
berorientasikan oleh keinginan US. Semua ini memberi kesan kepada Perancis dan
membuatkan kemerosotan berlaku kepada pengaruh Perancis di peringkat dunia.
Status
masyarakat Francophone dapat dijadikan sebagai kayu ukur kepada kemerosotan
kuasa Perancis. Penubuhan masyarakat Francophone merupakan salah satu usaha
untuk mengekalkan pengaruh Perancis melalui bahasa mereka. Bahasa Perancis
telah menjadi bahasa kedua dominan dalam bahasa dunia tetapi Bahasa Inggeris
masih merupakan bahasa utama yang digunakan dalam dunia globalisasi ini. Era
globalisasi telah membuktikan bahawa bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang
lebih tinggi berbanding Perancis dalam pelbagai aspek. Internet dapat menjadi
satu contoh yang baik bagaimana globalisasi menaikkan martabat bahasa Inggeris
dan secara tidak langsung meninggalkan pengaruh Perancis jauh di belakang.
Dengan penyebaran budaya AS secara meluas oleh pelbagai medium kepada dunia,
ahli negara Francophone turut terjejas memandangkan budaya dan bahasa Perancis
bukan lagi menjadi bahasa serta budaya utama dalam negara-negara ini. Budaya
Amerika Syarikat menjadi unggul sebagai implikasi kecenderungan banyak Negara
terhadap pengaruh dalam perintah dunia.
Perancis
telah merudum banyak sejak akhir Perang Dunia 2. Daripada menjadi salah satu kuasa
yang utama dengan status hegemoni dalam abad ke-19, Perancis kini hanya dalam barisan
yang sama dengan kuasa besar yang lain seperti Rusia, Jerman, Jepun, United
Kingdom, dan Amerika Syarikat. Status kuasa besar ini adalah secara rasmi
diiktiraf dalam persidangan seperti Kongres Vienna atau struktur antarabangsa
seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi kelebihan
banyak diperoleh Amerika Syarikat sebagai ketua kuasa kesatuan dan ini boleh
dilihat melalui keadaan dunia di era abad ke-21. Perancis terpaksa bergantung
kepada Amerika Syarikat dari pelbagai segi aspek. Melalui globalisasi, Amerika
Syarikat telah membuat dasar penjajahan baru tanpa menduduki sesebuah negara
tersebut.
Penyebaran
pengaruh dan ideologi AS yang tiada had serta sempadan membuatkan pengaruh
Perancis semakin dikekang dan makin merosot dari statusnya dahulu. Factor lain
seperti ekonomi serta masalah dalaman Perancis juga merupakan salah satu
penyebab kepada kemerosotan Perancis di mata dunia. Globalisasi walaubagaimanapun
merupakan pentas yang amat mencabar kepada Perancis untuk menandingi kuasa AS
pada zaman ini. Dengan permasalahan yang dialami Perancis, kuasa Perancis
semakin merudum memandangkan kuasa negara-negara lain semakin meningkat
bersaing dalam menjadi kuasa terulung di mata dunia.
RUJUKAN
BUKU:
- Jean Paul Martin (1948) “French
Foreign Policy”, Fourth
International, Volume IX Number 7 Sept 1948, Published by Fourth
International Publishing Association
- Tyler Stovall (2002) “French Since
The Second World War ”, Pearson Education Limited, Great Britain
- Roy C. Macridis (1992) “Foreign
Policy in World Politics” 8th Editions, Prentice Hall,
Englewood Cliffs, New Jersey
- Wayne C. Mc Williams and Harry
Piotrowski (2006) “The World Since 1945: A History of International
Relations ” 6th Editions, Lynne Rienner Publishers, Inc.
- Philip H. Gordon and Sophie
Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings
Institution Press
INTERNET:
- https://www.marxists.org/history/etol/newspape/fi/vol09/no07/martin.html
- http://seacoast.sunderland.ac.uk/~os0tmc/contem/fifth.htm
LAIN-LAIN:
1.
Lecture note from Prof Dr Ruhanas class
[2]
en.metapedia.org/wiki/France
[3]
http://www.deepdyve.com/lp/berghahn-books/globalization-and-french-cultural-identity-pX603SNNLp
[4]
web.mac.com/stevejrichardson/Bryanston.../globalfrance.pdf
[5]
http://www.nytimes.com/2007/04/02/world/europe/02iht-france.5.5117796.html?pagewanted=all
[6]
Philip H. Gordon and Sophie
Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings
Institution Press pg 42
[7]
Philip H. Gordon and Sophie
Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings
Institution Press pg 57
[8]
Philip H. Gordon and Sophie
Meunier(2001), “The French Challenge adapting to Globalization”, Brookings
Institution Press pg 59
[9]
Tyler Stovall (2002) “French Since The Second World War ”, Pearson Education
Limited, Great Britain